Tuesday, December 8, 2009

Perasmian Ecogym Pertama DiMalaysia oleh Dato' Sri Ismail Sabri

Foto-foto dimajlis perasmian Ecogym Pertama DiMalaysia.






Assalamualaikum & Salam Sejahtera,..


Pada 28/10/2009 satu lagi sejarah tercatit apabila pusat rawatan Ecogym telah dirasmikan oleh Dato' Sri Ismail Sabri yang terletak di Damansara Kuala Lumpur. Rawatan yang Tiada Ubat, Tiada Jarum dan Tekanan kepada pelanggannya mampu menyembuhkan masalah kesihatan yang dialami dengan berkesan.

Rawatan selama 30 minit ini dapat mengesan dan merawat tahap kesihatan seseorang dalam beberapa sesi rawatan. Mesin berteknologi Jerman ini berupaya menganalisa organ dalaman yang bermasalah dan seterusnya merawat kelemahan tersebut. Setiap pelanggan/ahli harus melengkapkan kitaran rawatan mengikut masa yang ditetapkan seperti penerangan dibawah ;-

Langkah 1 - Analisa
Mesin Biograf digunakan untuk menganalisa keadaan badan sebelum dan selepas rawatan iaitu hatap tenaga dalaman atau Qi, ia mampu mengesan secara menyeluruh & tepat keadaan kesihatan organ-organ yang memerlukan perhatian, rawatan dan penyakit yang bakal kita hadapi.

Langkah 2 - EcoVibe
Mesin ECOVibe mampu mencergaskan 600 otot dan 206 tetulang dalam badan kita dan secara langsung memperbaiki sistem limfa dan mempercepatkan kadar metabolisma.Cuma 10 minit di ECOVibe ini bersamaan senaman insentif selama 1 jam. Mesin ini membantu :-
* Mempercepatkan pembakaran lemak
* menguatkan otot terutama bahagian pinggang dan tulang belakang.
* Menolong mengurangkan berat badan.

Langkah 3 - ECOJet
Mesin ECOJet direka khas untutk menenangkan setiap inci badan sam seperti perawatan akupuntur.Semburan air suam bertekanan tinggi mampu mengurut dan merangsangkan otot-otot yang letih serta mengurangkan ketegangan otot badan.Semasa menerima rawatan, mesin ini akan membekalkan 25% oksigen tulin dan bauan Aura terapi.
Mesin ini dapat membantu
* Mendapat tidur yang lebih nyenyak
* Memperbaiki sistem pemulihan badan dan sistem pengaliran darah
* Menenangkan otot badan

Langkah 4 - ECOJuve

Mesin ECOJuve ialah kerusi malas yang dialas dengan tikar "Bio Resonance Theraphy"yang mampu menolong mempermuda melalui pembaikan proses pertumbuhan semula sel-sel badan.Cara rawatan "Pulsating Energy Resonance Theraphy (PERT) ia mampu menyahtoksik, meningkatkan penyerapan oksigen dan menstabilkan sistem badan semulajadi.Mesin ini dapat membantu
*Membantu sistem penghadaman
* Menyusun semula sel-sel badan

No comments:

Post a Comment